"KECEMERLANGAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Latar Belakang

Utama Training adalah suatu unit di bawah Perkhidmatan Pengurusan Utama Sdn. Bhd. (PPUSB) iaitu sebuah syarikat Perunding Pengurusan Latihan dan Perkhidmatan Kesetiausahaan yang kukuh dan mantap. Kami mengkhusus dalam bidang perundingan pengurusan, perundingan perniagaan dan penganjuran pelbagai latihan termasuk pengurusan seminar perniagaan, seminar pembangunan jati diri, seminar motivasi, seminar undang-undang dan latihan profesional. Pengurusan kami dibantu oleh staf profesional dengan kemahiran, skil dan pengetahuan mendalam dalam pengurusan seminar, perkara-perkara berkaitan kesetiausahaan syarikat, perakaunan, audit, percukaian dan juga perundangan syarikat. Sehubungan dengan itu, kami percaya bahawa ini akan memberikan kami kedudukan yang lebih baik untuk memberikan khidmat yang efektif dan pendekatan pengurusan yang komprehensif untuk memenuhi segala kehendak klien kami.

Visi Kami :

  • Kami berhasrat untuk menjadi antara sepuluh syarikat terbaik dalam menyediakan perkhidmatan latihan dan kesetiausahaan.

Misi Kami:
  • Memberikan khidmat profesional yang terbaik seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Majlis Peguam Malaysia (BAR Council), Institut Pengurusan Kesetiausahaan Malaysia (MAICSA), Institut Perakauan Malaysia (MIA) dan badan-badan profesional yang berkaitan.
  • Membantu menjayakan hasrat kerajaan untuk menambah organisasi perniagaan dan keusahawanan
  • Membantu membangunkan modal insan


"...mencari peluang, rezeki tidak datang bergolek..."